Thursday, May 26, 2011

"If Allah brings you to it, HE will bring you through it"

Bismillahi rahman nirrahim.


Salam All =)


Some of you might wonder why i closed this blog a week ago and you may also notice some entries/widget are now no longer available.


All praises to Allah, I was going through a difficult time.


Alhamdulillah, I have all the support and unconditional love from the family especially from hubby, parents and the in-laws. 


Now that i'm recovering, insyaAllah. All i wanted is to share part of my story during the 'dugaan'. Some of you might have the same experience as what i'm going through and wondered what went wrong. 


InsyaAllah, i hope that by sharing this part of story it will help to ease the difficulty. 
I've been searching for an answer for almost a week now. I've been flipping through books, analyzing virtual forums and searching thru the web for an answer, to a point that i wanted to send a message to one of the regional doctor to get the answers to all my question. 


And Masya Allah, when i stumbled upon this website, finally all my questions was answered.
*****

"Seorang wanita muda datang bersama suaminya berjumpa saya. Mukanya nampak agak sedih. Lalu dia duduk meceritakan pendarahan yang dialaminya.

Musibah atau rahmat?

Doktor, saya baru bernikah 5 bulan. Baru-baru ini saya saya miss period 14 hari, dan sudah buat ujian pregnancy dan ia positif. Masalahnya ada darah keluar dari kemaluan saya. Saya keguguran ke?”
Saya tidak berminat untuk bertanya lanjut mengenai masalah pendarahannya. Sebaliknya saya tersentuh dengan kesedihannya. Agaknya apa yang sedang difikirkan.
Doktor, saya memang harap-harap benar saya mengandung kali ini. Keluarga belah saya dan suami selalu bertanya. Saya harap kandungan ini boleh diselamatkan
Saya menarik nafas panjang. Saya cuba menyusun ayat untuk menjawab permintaannya.
Kalau tidak boleh diselamatkan, bagaimana?” saya cuba meneka fikirannya.
Saya amat berharap kandungan kali ini berjaya
Tapi kalau kandungan ini bermasalah, cacat..bagaimana?”
Apa maksud doktor?”
Ya lah, dia gugur sebab tak boleh nak survive, akibat cacat teruk. Atau bila dia dilahirkan mungkin dia tidak sempurna
Bam! Si suami menumbuk meja saya dan terasa gegarannya. Namun tidak sedikit pun menggegarkan iman saya. Saya pasti saya berkata benar. Mungkin saya tidak pandai pengolah perkataan saya.
Sudahlah, mari  kita balik. Tak guna bercakap dengan doktor sombong macam ni” teriak suami dan mengajak isterinya pergi.
Inilah kelemahan saya, menyampaikan mesej secara ‘menguji minda’. Saya banyak bertanya dan membuat pesakit berfikir dari memberikan keseluruhan fakta ‘terus ke mulut’nya.
Saya bencikan ‘spoonfed’, kerana akhirnya pesakit hanya menganggukkan kepala bukan kerana faham, tetapi kerana mahu menjaga hati saya. Akhirnya melakukan ‘kesalahan’ yang sama lagi dan lagi dalam penjagaan dan pencegahan penyakit.
Saya berfikir sendiri. Mengapa perlu sedih atas musibah yang kita tidak tahu kebaikannya? Mungkin apa yang dikatakan ‘musibah’ ini adalah rahmat sebenarnya.
Doktor, kalau saya tahu anak saya ini mempunyai masalah jantung yang kompleks, tentu saya dah minta doktor gugurkan. Kami berdua tak sanggup nak menjaganya setiap hari di hospital. Lebih-lebih lagi kami tidak ada wang untuk pembedahan anak saya ini”
Itu kata-kata seorang non-muslim yang ‘menyesalkan takdir’ apabila mendapat ‘musibah’ anaknya mempunyai penyakit jantung yang kompleks dan perlu tinggal di ICU serta memerlukan perbelanjaan besar untuk pembedahan.
Siapa menduga bayi dalam kandungan, yang sangat disayangi akhirnya dibenci kerana cacat dan tidak seperti yang diharapkan. Apakah kita tahu apa yang kita hadapi ini adalah musibah atau rahmat?
Mungkin bagi keluarga non-muslim tadi akan merasa keguguran anaknya adalah rahmat, jika dia tahu anaknya yang bakal lahir itu akan menghidap penyakit jantung yang kompleks.
Maka saya mahu pesakit faham bahawa setiap musibah yang menimpa tentu ada hikmahnya. Dan Allah akan menguji iman kita dengan memberikan kita ujian berbentuk nikmat dan musibah.
Firman Allah S.w.t, “ (Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah Al Mulk : Ayat 2

Pendarahan di awal kehamilan adalah musibah ?

Mari saya buktikan dengan fakta perubatan. Pendarahan di awal kehamilan adalah tanda biasa bagi seseorang yang keguguran.
Ia biasanya berlaku di awal kehamilan, iaitu selalunya dirujukkan kepada umur kehamilan bermula dari persenyawaan hingga ke umur kehamilan 20 minggu. Ketika itu janin di dalam rahem hanya mempunyai berat sekitar kurang 500 gm. 
Namun kita harus faham bahawa keguguran boleh berlaku sebaik saja persenyawaan berlaku dan wanita itu belum lagi sampai waktu kedatanga darah haids yang berikutnya. Maka mereka tidak menyedari bahawa mereka hamil dan mengalami keguguran.
Sebanyak 20% dari semua kehamilan berakhir dengan keguguran.
Dari jumlah keguguran ini 80% darinya berlaku pada bulan ke 2 atau ke 3 usia kehamilan. Ini menunjukkan bahawa keguguran adalah fenomena yang biasa terjadi di kalangan wanita yang hamil sehinggakan darah yang keluar akibat keguguran itu disangka darah haids.
Keguguran secara tidak sengaja dinamakan spontaneous abortion  berlaku tanpa dipinta. Ia boleh berlaku atas dua sebab sama ada masalah pada janin atau masalah pada ibu yang hamil itu.
Jika masalah keguguran ini berpunca dari janin di dalam rahem,  bermakna janin itu telah meninggal dunia dahulu dan kemudiannya dikeluarkan dari rahem. Ianya berlaku pada awal kehamilan.
Puncanya akibat kecacatan genetic pada janin itu sendiri. Oleh itu janin yang belum dibentuk anggotanya tidak boleh survive ketika di dalam rahem.
Maka janganlah bersedih atas ’musibah’ ini. Jika berlaku pembentukan anggota dan bayi itu lahir, kemungkinan keadaan bayi itu lebih menyedihkan kita kerana mungkin bayi itu cacat teruk atau mengalami masalah kesihatan yang serius. Maka berserahlah pada takdir Allah dan bersabarlah jika Allah telah menetapkan janin yang dihamilkan itu meninggal dunia semasa dalam kandungan lagi. Allah saja yang mengetahui nasib hamba-hambaNya.
Pendarahan yang berlaku pada keguguran di awal kehamilan selalunya sedikit. Namun ianya akan bertambah banyak. Ada kalanya wanita itu akan melihat darah beku yang berketul-ketul keluar dari kemaluannya. Sakit perut akibat pengecutan rahem akan menyusul apabila janin cuba dikeluarkan.
Jika keguguran disebabkan oleh ibu yang hamiljanin yang hidup dikeluarkan akibat aktiviti rahem yang tidak normal. Ini selalunya berlaku pada umur kehamilan selepas 13 minggu. Namun begitu selalunya janin itu meninggal dunia kerana stuktur anggotanya masih belum matang untuk hidup di dunia.
Puncanya ibu itu demam, atau jangkitan kuman toxoplasma, atau keadaan ketidakseimbangan hormone, atau masalah kelenjar thyroid, atau masalah pangkal rahem cervix yang tidak kuat, atau pembentukan uriplacenta di rahem yang kurang sempurna, atau kecederaan trauma pada perut ibu seperti ditendang atau jatuh, atau kecacatan pada rahem eg hypoplastic uterus, bicornuate uterus, septate uterus.  
Wanita itu akan merasa sakit dahulu sebelum keluar darah dari kemaluannya. Selalunya ia berlaku pada semester kedua selepas 14 minggu. Kesakitannya serupa dengan kesakitan hendak melahirkan anak.
Saya membuat kesimpulan bahawa keguguran berlaku di awal kehamilan adalah biasa berlaku. Ianya sesuatu yang tidak perlu dirisaukan jika umur kehamilan baru mencecah 13 minggu. Ini kerana faktor genetik janin itu yang tidak memungkin iaya hidup setelah dilahirkan ke dunia. Selalunya wanita akan mengalami pendarahan di kemaluan dahulu kemudian sakit perut.
Berbeza dengan keguguran yang berlaku selepas 13 minggu hingga 20 minggu. Ia lebih disebabkan masalah pada ibu yang hamil sama ada perseimbangan hormone atau struktur rahemnya yang tidak sempurna atau kecederaan trauma. Ia perlu dicari puncanya dan dirawat apatah lagi jika kegugran berlaku berkali-kali. Ia harus diikhtiarkan penawarnya.
Oleh itu para wanita yang keguguran di awal kehamilan tidak perlu berasa sedih terhadap ’musibah’ yang berlaku. Ia boleh jadi ’rahmat’ untuk mereka. Tiada apa yang boleh dilakukan (tiada ubat) jika kematian bayi itu disebabkan masalah genetik kerana itu dalam kawalan kuasa Allah. Tiada manusia yang boleh mengubah genetik yang telah di’kod’kan ke dalam janin itu.
Wa allahu a’lam.
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (071010)


Read more: Here .
*****
Innalillahi wainna ilahi raji'un.
"We belong to Allah and to Allah we shall return."
I lost her at week 7 at 2.40pm on 19th May 2011.
InsyaAllah, semoga Allah s.w.t mengurniakan kesabaran and keredhaan kepada kami berdua diatas kehilangan nya. 
The Prophet s.a.w said , "If any Muslim man or woman suffers a calamity and keeps it in his memory, even if it happened a long time ago, saying each time it is remembered, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" ('We belong to Allah and to Him do we return,') Allah, who is Blessed and Exalted will give a fresh reward each time it is said, equivalent to the reward when it happened." 




(Tirmidhi: Ahmad and Bayhaqi, in Shu'ab al-Iman, transmitted it.)

Monday, May 2, 2011

52 days & counting

Alhamdulillah. It has been a wonderful 52 days of married life =D

& Syukur Alhamdulillah, all the events went well as plan from Nikah to Berbedak and Sanding day. Since we had our basuh kaki (dad n mum balah tutong) and makan nasi temuan on same day of our sanding day, I must say, ngaleh ehh. But it’s all worth it! =D

Hi bees, sorry for the lack of updates. Didnt get the chance to spent more time online, since my chores makin bertambah. Hehe.

Will update more insyaAllah =)